suria

"Manchester United boleh 'hidup' tanpa Pogba"

GARY Neville percaya Manchester United tiada masalah tanpa Paul Pogba.

Bekas pemain pertahanan The Reds itu memberitahu kelab sepatutnya menjual Pogba jika dia tidak komited di Old Trafford.

Pogba tiba di United pada Jun 2016, namun aksinya tidak seperti yang diharapkan oleh kelab.

Dan dalam tempoh itu, Barcelona dan Juventus terus berminat untuk mendapatkan pemain juara Piala Dunia dari Perancis itu.

Neville menegaskan United boleh 'hidup' tanpa Pogba.

"Dia pemain berbakat tetapi saya mahu melihat lebih konsisten dan ada kepimpinan.

"Sebagai peminat, saya tidak berminat kepada orang yang suka melihat kiri dan kanan.

"Jadi Paul, jika anda mahu pergi bermain di tempat lain, jadikan ia sebagai kenyataan kerana Manchester United akan baik, jangan risau tentang itu," jelas Neville.

Ketika bermain bersama negaranya, Pogba dilihat cemerlang ketika aksi Liga Negara-Negara dengan mencatat kemenangan ke atas Belanda, namun ia sangat berbeza ketika bermain untuk kelab.

Paul Pogba, Gary Neville

Artikel Sebelum

Artikel Lain