suria

Pochettino dipersalah, tak sepatutnya 'gunakan' Kane

Ramai yang menyalahkan Pochettino (kanan) kerana tidak merehatkan Kane (kiri) selepas Piala Dunia baru-baru ini. FOTO: JerseyPeeps

PEMAIN sensasi England, Harry Kane sepatutnya direhatkan sementara untuk mengelakkan keletihan dan potensi kecederaan, ujar Craig Bellamy.

Bellamy yang juga bekas pemain Liverpool berkata, Kane tidak kelihatan cergas sejak musim Liga Perdana Inggeris bermula dan perkara itu menjadi topik perbualan sejak musim panas lalu.

Ujarnya, pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino sepatutnya merehatkan Kane sejak bermulanya musim ini.

"Ianya sukar untuk Pochettino. Saya suka dia sebagai pengurus tapi dia sepatutnya tidak 'menggunakan' Kane.

"Sepatutnya suruh dia berehat dua tiga perlawanan, pergi bercuti untuk segarkan diri supaya boleh bermain dengan baik sepanjang musim ini.

"Tapi, beberapa minggu sahaja selepas Piala Dunia, dia terus berlatih dan menyertai perlawanan. Dia bermain untuk Liga Perdana Inggeris dan dia kelihatan tidak cergas," ujar Bellamy.

Tambahnya, Kane juga patut direhatkan kerana dia berpotensi mengalamai kecederaan akibat bebanan perlawanan.

"Dia perlu berehat kerana badannya tidak dapat menampung semua ini dan sekaligus meningkatkan risiko untuk cedera," ujarnya lagi.

Sabtu ini, Kane sekali lagi dijangka turun padang dalam perlawanaan antara Tottenham dan Liverpool.

Sementara itu, Gary Neville turut mempersoalkan kemunculan Kane dalam pasukan England sewaktu mereka beraksi menentang Switzerland dalam satu perlawanan persahabatan pada Selasa lalu.

Bekas pemain pertahanan Tottenham dan pemain tengah Liverpool, Danny Murphy juga menyalahkan Pochettino kerana gagal merehatkan pemain itu. - SkySports.

Artikel Sebelum

Terry tolak tawaran kelab Rusia

Artikel Lain