suria

Terry tolak tawaran kelab Rusia

JOHN Terry menolak tawaran kelab Rusia, Spartak Moscow.

Bekas kapten Chelsea itu menolak tawaran yang dianggarkan bernilai 3 juta pound setahun.

Malah Terry juga menolak tawaran tersebut selepas berlepas ke Rome Jumaat lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama kelab.

"Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk menolak tawaran kontrak daripada Spartak Moscow.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Spartak dan semoga akan cemerlang musim ini buat kelab dan penyokong.

"Mereka adalah sebuah kelab hebat dan saya sangat teruja dengan keprofesionalannya.

"Tetapi selepas meneliti lebih dekat dengan keluarga, kami rasakan ia bukan yang sesuai untuk berpindah. Selamat maju jaya Spartak," jelas Terry.

Pemain  berusai 37 tahun itu menerima tawaran selepas menjadi pemain bebas selepas kontraknya bersama Aston Villa berakhir musim lalu.

Kelab Rusia itu menyasarkan Terry bagi menggantikan posisi pertahanan pemain Perancis, Samuel Gigot yang terpaksa melupakan musim ini selepas kecederaan di ligamen.

Jendela perpindahan Liga Rusia bakal ditutup hujung minggu ini.

JOhn Terry, Spartak Moscow

Artikel Berikut

Artikel Lain