suria

Sukma: Positif beguk, pasukan futsal lelaki, wanita Sabah tarik diri

Gambar hiasan beguk

PETALING JAYA:  Pasukan futsal lelaki dan wanita Sabah menarik diri bagi saingan Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berlangsung di Perak.

Kontinjen Sabah mengambil keptusan tersebut berikutan gelaja beguk yang dialami oleh salah seorang atlet wanita pasukan itu.

Exco Pembangunan Belai dan Sukan Negeri perak, Howard Lee berkata, keputusan ujian pengesahan dianostik beguk didapati positif  kepada atlet itu.

"Kami telah bermesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk  Ahmad Shapawi  Ismail, wakil Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah,  Kementerian Kesihatan Malaysia dan  Jabatan Kesihatan Negeri Perak, bagi mendapatkan ketetapan atau keputusan bagi kontingen futsal Sabah.

"Ketetapan sebulat suara memberi peluang kepada kontinjen Sabah untuk menukar atlet-atlet mereka.

"Saya pasti mereka telah berlatih bersungguh-sungguh, namun begitu disebabkan jangkitan ini, semua atlet mereka gagal bertanding.

"Kami prihatin dan sedih kerana berlakunya kejadian ini," jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, selepas kontinjen Sabah tidak mahu mengambil risiko kemungkinan virus ini akan berjangkit kepada pasukan lain, sekaligus menarik diri.

"Jawatankuasa Khas Teknikal telah menerima keputusan Sabah ini.

"Dengan itu, pasukan futsal wanita yang berada dalam Kumpulan C akan diberikan tiga mata dengan jaringan 3-0 atau lebih jika pasukan lawan telah mencapai jaringan yang lebih tinggi kepada pasukan Negeri Sembilan dan Melaka.

"Perkara sama juga dilaksanakan kepada Kumpulan A lelaki yang melibatkan pasukan Selangor, Perak dan Perlis."

Sukma, Futsal Sabah

Artikel Lain