suria

Southgate tak bimbang tanpa pemain utama bertemu Switzerland

Kane tanpa dalam skuad Southgate menjelang perlawanan persahabatan bertemu Switzerland awal pagi Rabu.

GARETH Southgate tidak bimbang dengan ketiadaan beberapa pemain utamanya menjelang perlawanan England bertemu Switzerland awal pagi Rabu.

Barisan Southgate tanpa Harry Kane, Dele Alli dan Jordan Pickford dan berharap dia mampu mencatat kemenangan selepas empat kali tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Walaupun tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut, Southgate masih positif untuk menyampaikan prestasi terbaik.

Gareth Southgate

Dia yakin Marcus Rashford dan Danny Welbeck mampu mengetuai barisan  pemain pada perlawanan persahabatan kali ini.

"Keputusan yang kami buat adalah untuk cuba membangunkan pasukan dan meletak pemain-pemain muda seperti yang kami lakukan sebelum ini.

"Saya letakkan Marcus dan Luke Shaw di bahagian belakang.

"Ia sangat penting bagi kami untuk melihat mereka dan memberi pengalaman kepada mereka untuk menjadi lebih baik," jelasnya.

Gareth southgate, England

Artikel Lain