suria

"Saya ketuk pintu setiap rumah pukul 4 pagi, bagi duit pergi Disney World"

Paul Gascoigne.

PAUL Gascoigne mendedahkan dia menderma 1 juta pound (RM5.42 juta) sepanjang satu dekad bergelar pemain bola sepak.

Bekas pemain tengah itu memberi pandangan mengenai perbezaan gaji yang diterima pemain dulu dan sekarang.

"Saya bermain demi baju yang di pakai. Pada usia 18 tahun, gaji saya 25,000 pound seminggu. Hari ini, pemain yang sama umur menerima gaji 50,000 pound seminggu. Dan pada usia itu kamu menerima 50 ribu seminggu, siapa yang peduli kamu bermain baik atau tidak?.

"Pada masa saya dulu, memang ada duit dan saya telah menderma  1 juta pound kepada sepanjang 10 tahun dan tidak memberitahu kepada sesiapa.

"Saya mengetuk pintu setiap rumah pada pukul 4 pagi dan memberi 10 ribu pound (RM 54, 199) untuk pergi ke Disney World," jelasnya yang berusia 51 tahun kepada The Sun.

Paul Gascoigne, derma

Artikel Lain