suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ini respons Ronaldo bila rakan sepasukan kata Messi pemain yang lebih baik

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

RAKAN-rakan sepasukan Cristiano Ronaldo semasa bintang bola sepak dunia itu masih beraksi bersama Manchester United sentiasa memberikan 'motivasi' dengan memberitahu beliau bahawa Lionel Messi merupakan pemain yang lebih baik.

Ronaldo menyertai kelab di Old Trafford dari Sporting Lisbon pada 2003, dan menghabiskan enam tahun bersama Liga Perdana Inggeris.

Rakan-rakannya di Manchester United akan bergurau dengannya, perkara itu didedahkan Peter Crouch menerusi buku terbaharunya.

"Rio Ferdinand akan memberitahu kami tentang bagaimana Cristiano Ronaldo berdiri di depan cermin sambil berbogel, mengusik rambutnya dan berkata: 'Wow. Saya sangat kacak!".

"Pemain Manchester United yang lain akan cuba mengusiknya (dengan mengatakan) 'Apa-apalah, Leo Messi merupakan seorang pemain yang lebih baik daripada kamu'."

Dan ini respons Ronaldo: "Dia akan mengangkat bahunya dan tersenyum lagi. 'Ah ya. Tapi Messi tidak kelihatan seperti ini..." - Mirror Online UK

Artikel Lain