suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mourinho bagus, tapi bukan untuk Manchester United” – Eric Cantona

Jose Mourinho. Foto Reuters

LEGENDA Manchester United, Eric Cantona mengkritik pengurus pasukan itu, Jose Mourinho.

Cantona yang pernah beraksi di Old Trafford dari 1992 sehingga 1997 berkata, Manchester United merupakan kelab yang bagus dan sentiasa menjadi terbaik.

"Mereka akan menang, saya tahu mereka akan.

"Tetapi cara mereka bermain? Tak bagus. Pengurus mereka mengarahkan mereka bermain dengan cara yang salah buat para penyokong. Tak menarik, tak ada kreativiti.

"Saya suka Mourinho. Dia ada personaliti yang bagus tapi bukan untuk Manchester United.

"Mereka sepatutnya ada (Pep) Guardiola sebagai jurulatih. Dia sepatutnya di sana, tetapi dia melakukan magis dengan kelab lain," katanya. - Mail Online UK


Jose Mourinho, Eric Cantona

Artikel Lain