suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cristiano Ronaldo kecewa dengan layanan wartawan

Gambar daripada AFP.

BERITA terbesar dalam dunia bola sepak pada musim panas ini adalah tentang perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Ronaldo terus menjadi buah mulut terutama isu berkaitan Real Madrid, di mana setiap persembahan diteliti setiap sudut selepas ketiadaannya.

Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan kecewa dengan kritikan yang diterima dan berasa pencapaiannya di Real Madrid tidak menerima penghargaan yang sewajarnya.

Ronaldo yang mengaggap hubungan dengan beberapa wartawan sebagai sebuah persahabatan berharap untuk mendapat layanan berbeza daripada apa yang diterimanya baru-baru ini.

Antara cakap-cakap yang bertebaran dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini adalah keputusannya untuk tidak hadir anugerah UEFA yang menyaksikan Luka Modric menewaskan pemain jersi nombor 7 itu sebagai pemain terbaik.

Menurut beberapa laporan media Portugal, penyerang itu menghubungi Modric dan mengucapkan tahniah, biarpun Ronaldo berasa dia lebih layak meraih gelaran itu.

Permohonan maafnya kerana tidak menghadiri anugerah tersebut berjaya meredakan ketegangan dengan bekas rakan sepasukannya.

Bagaimanapun, Ronaldo dijangka menghadiri Anugerah Terbaik Fifa pada 24 September ini. - Marca

Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Luke Shaw cedera lagi!

Artikel Lain