suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cahill sedia tinggalkan Stamford Bridge Januari ini

GARY Cahill bersedia untuk meninggalkan Chelsea Januari ini kecuali dia diberi lebih banyak peluang bermain.

Pemain pertahanan itu diketepikan sejak tirai Liga Perdana Inggeris dibuka musim ini, malah tidak disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Menurut laporan Sun, pemain antarabangsa England itu kecewa selepas tidak ada dalam senarai utama pengurus baharu  musim ini, Maurizio Sarri.

Pemain berusia 32 tahun itu sedia meninggalkan The Blues jika situasinya tidak berubah.

Sebelum ini Cahill gembira dengan tempoh enam tahun di Stamford Bridge termasuk di bawah pengurusan Antonio Conte.

Namun sejak ketibaan Sarri, taktikal berubah dengan hanya menggunakan dua pemain pertahanan berbanding tiga orang sebelum ini.

Menurut bekas pengurus Napoli itu, dia akan memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan kebolehan dalam saingan Liga Europa, Piala Carabao bermula bulan ini.

Chelsea, Gary Cahill

Artikel Sebelum

Luke Shaw cedera lagi!

Artikel Berikut

Artikel Lain