Kuantan Rangers tekad julang Pahang

PETALING JAYA: Skuad futsal lelaki Pahang mempunyai kekuatan diperlukan untuk memenangi pingat emas di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 yang sedang berlangsung di Perak.

Keyakinan itu disuarakan ketua pasukan, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir yang menekankan betapa skuad tok gajah itu bersemangat tinggi mahu memperbaiki pencapaian memenangi pingat gangsa empat tahun lalu.

Pada edisi 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Pahang tewas 4-6 kepada Pulau Pinang di separuh akhir dan kemudiannya akur pulang dengan gangsa setelah menewaskan Johor 10-5 dalam aksi penentuan tempat ketiga.

“Ketika itu kita mempunyai sebuah pasukan yang mantap, abang saya (Mohd Hanafi) juga salah seorang anggota skuad tersebut tetapi bukan rezeki kita walaupun sudah begitu hampir. Saya mahu tebus kegagalan abang saya dan saya percaya rakan sepasukan juga bertekad mahu melakukannya,” kata Harith Naim yang juga pemain kebangsaan.

Walaupun baru berusia 18 tahun, Harith Naim adalah salah seorang tonggak utama pasukan Kuantan Rangers FC dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan (LFK).

Dia merupakan penjaring kedua terbanyak pasukan itu dalam LFK dengan tujuh gol.

Selain Harith Naim, Pahang turut diperkuatkan enam lagi pemain dari Akademi Kuantan Rangers iaitu Afiq Safwan Che Hassan, Zainul Zahin Sinuan, Mahadir Harahap Khairudin, Imran Syamim Saifullah, Izudin Abdul Rahman dan Ahmad Haziq Irsyad Abu Bakar.

Pahang bimbingan Yazeed Hamzah akan turun menentang juara bertahan Pulau Pinang dalam aksi pembukaan Kumpulan D pada Ahad (9 September) dan kemudiannya Terengganu pada Jumaat (14 September).

“Kita tidak boleh lakukan kesilapan dalam aksi pertama dan ianya penting untuk bermula dengan langkah kanan. Kita tidak boleh gentar dengan status Pulau Pinang selaku penyandang emas. Kita perlu buktikan kita juga bersedia dalam segala aspek,” tambahnya.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga futsal dipertandingkan di pentas SUKMA - Johor merupakan juara sulung pada 2011 setelah menewaskan Negeri Sembilan dalam aksi final manakala pada edisi 2014 di Perlis dan Sarawak 2016, futsal tidak dipertandingkan.

Sebanyak 13 pasukan mengambil bahagian dalam edisi kali ini yang berlangsung di Arena Sukan Tertutup Manjung dengan hanya Kelantan sahaja yang tidak menghantar penyertaan.

Sukma, Futsal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain