suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten Spurs ditahan tujuh jam, bakal naik mahkamah

PENJAGA gol Perancis dan Hotspur, Hugo Lloris ditahan polis sebanyak dua kali bulan lalu kerana memandu dalam melebihi had laju.

Malah Lloris juga ditahan selepas gagal dalam ujian pernafasan alkohol ketika memandu.

Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Westminster pada 12 Sepetember ini.

Berikutan tingkah lakunya itu, Lloris bakal kehilangan lilitan kapten di Spurs dan kemungkinan Harry Kane akan mengambil alih tugas itu.

Selepas ditahan, Lloris yang menerima gaji 150,000 poun seminggu dibawa ke balai polis Charing Cross dan dilaporkan berada di situ selama tujuh jam sebelum diikat jamin.

"Saya memohon maaf kepada keluarga, peminat, kelab, rakan sepasukan, pengurus dan semua.

"Minum-memandu (alkohol) sememangnya tidak boleh diterima. Saya bertanggungjawab di atas kelakuan ini dan ia bukan contoh yang saya harapkan," ujarnya. -DailyMail

Hugo Lloris, Spurs, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Lain