suria

Luke Shaw cedera lagi!

IBARAT terkena sumpahan, Luke Shaw sekali lagi bernasib malang apabila pemain England itu berlaga kepala dengan teruk semasa separuh masa kedua menentang Sepanyol pada Sabtu.

Sebelum itu, Shaw berjaya menyumbat gol walaupun England tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu bertembung dengan Dani Carvajal pada awal separuh masa kedua sehingga menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika selama tujuh minit.

Pasukan kecemasan England mengesahkan ia tidak seteruk yang disangka.

"Luke sudah sedar dan diperiksa oleh doktor kami serta diberikan sinar-X.

"Dia akan tinggal bersama kami semalaman untuk pemantauan selanjutnya.

"Perkembangan terkini akan dimaklumkan pada waktu pagi," menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak tersebut.

Pemain pertahanan England itu diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan paramedik. - AFP

Pengurus skuad England, Gareth Southgate yang memberikan Shaw satu permulaan yang segar selepas tiga tahun, mengesahkan pemain tersebut sudah sedar dan boleh bercakap.

Karier Shaw bersama Manchester United pula dibayangi dengan beberapa kecederaan yang dialaminya.

Shaw pernah mengalami patah kaki di dua bahagian ketika perlawanan Liga Juara-Juara pada 2015 dan mengakui bahawa dia hampir kehilangan kaki.

Susulan insiden itu, Shaw berehat hampir sepanjang musim 2015/2016 dan menderita kecederaan pangkal paha pada musim berikutnya, diikuti dengan penampilan yang terhad.

Selepas berjaya meyakinkan Jose Mourinho yang dia layak berada dalam pasukan, Shaw memulakan kempen dengan bergaya dan sumbangannya pada Sabtu sebelum mengalami kecederaan telah berjaya menarik perhatian Southgate. - Reuters/Eurosport

Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain