suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang penonton maut, 37 cedera dalam kejadian rempuh masuk stadium

SEORANG maut dan sekurang-kurangnya 37 cedera dalam kejadian rempuhan sebelum perlawanan bermula dalam pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika antara Madagascar dan Senegal di Antananarivo pada Ahad.

Wakil pihak hospital mengesahkan tentang kematian yang berlaku pada insiden tersebut.

Menurut stesen radio Perancis RFI, ribuan penyokong bola sepak merempuh untuk masuk ke Stade Municipal de Mahamasina di ibu negara tersebut menjelang perlawanan berlangsung.

Penonton beratur di luar stadium sejak awal pagi bagi menyaksikan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang dan apabila pintu pagar dibuka, mereka mula merempuh masuk.

Insiden kematian di stadium kerap berlaku di benua Afrika disebabkan oleh pengawasan yang lemah.

Bagaimanapun, perlawanan itu tetap diteruskan seperti dijadualkan dan berakhir dengan keputusan seri 2-2. - Reuters/Eurosport

Piala Negara-Negara Afrika

Artikel Lain