suria

Chelsea tawar Morata sebagai ganti Higuain

CHELSEA menawarkan Alvaro Morata kepada Juventus sebagai pertukaran untuk khidmat Gonzalo Higuain.

The Blues telah mengadakan rundingan dengan wakil Higuain bulan ini.

Higuain pernah beraksi di bawah kendalian pengurus baharu Chelsea Maurizio Sarri semasa memperkuat Napoli.

Difahamkan Sarri mahu terus bekerjasama dengan Higuain di Stamford Bridge selepas menandatangani kontrak bersama Chelsea pada Jumaat.

Daily Mail mendakwa perpindahan Morata ke Turin akan mengurangkan yuran perpindahan Higuain dan Chelsea akan mendapat kembali 65 juta pound sterling yang mereka laburkan terhadap penyerang itu tahun lalu.

Morata semasa latihan pra musim di Cobham, England.

Juventus menetapkan harga 53 juta pound sterling terhadap Higuain dan pemain tersebut hanya perlu diyakinkan untuk meninggalkan kelab itu kerana dia menerima bayaran sebanyak 240,000 pound sterling seminggu di Itali.

Morata pula pernah beraksi bersama Juventus selama dua musim sebelum dipanggil semula ke Real Madrid.

Dalam isu penjualan Higuain, Juventus memilih wang berbanding pertukaran pemain.

Dengan pemecatan Antonio Conte minggu ini, Chelsea bersedia mengeluarkan dana yang besar untuk Sarri pada jendela perpindahan pemain.

Chelsea akan memperkenalkan Sarri kepada umum pada hujung minggu ini atau awal minggu depan dengan legenda The Blues, Gianfranco Zola dilantik sebagai pembantu jurulatih.

Gonzalo Higuain, Alvaro Morata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shaqiri sah milik Liverpool

Artikel Lain