suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan akhir AFF B-19 tidak tukar venue

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menafikan khabar angin dan berita yang tidak disahkan di media sosial bahawa stadium bagi perlawanan akhir  Kejohanan Bola Sepak Bawah 19 Tahun (B-19) AFF antara Malaysia dengan Myanmar pada Sabtu akan ditukar.

AFF di dalam laman sesawang www.aseanfootball.org, menegaskan perlawanan akhir itu tetap  akan berlangsung di  Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya pada pukul 8 malam waktu Malaysia, biarpun perlawanan separuh akhir antara Malaysia dengan Indonesia di stadium sama semalam dicemari dengan  kekecohan yang dilakukan oleh sesetengah  penyokong tempatan.  

AFF juga berkata perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat antara Thailand dengan Indonesia akan berlangsung terlebih  dahulu pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia di stadium yang sama.

Dalam perkembangan yang sama, AFF berkata jawatankuasa penganjur kejohanan dengan  kerjasama  Polis Republik Indonesia (Polri) sudah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan  pemain dan pegawai pasukan di dalam perlawanan akhir esok.   

Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pada Khamis.

Berikutan kekalahan itu, ada penyokong pasukan Indonesia yang membaling batu dan botol ke arah  pemain  Malaysia yang sedang menuju ke bilik persalinan, selepas tamat perlawanan. - Bernama

AFF

Artikel Sebelum

Shaqiri sah milik Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain