suria

Liverpool tawar Real RM837.1 juta demi Asensio

LIVERPOOL bersedia membelanjakan kira-kira 158 juta pound sterling (RM837.1 juta) untuk mendapatkan khidmat Marco Asensio dari Real Madrid.

Jurgen Klopp mahu memantapkan jentera serangan The Reds untuk saingan musim depan dan hampir menyambar khidmat Nabil Fekir sebelum rundingan dengan Lyon gagal mencapai kata sepakat awal bulan ini.

Marco melaporkan Asensio menjadi buruan Liverpool selama bertahun-tahun dan kini kelab itu bersedia merealisasikan perpindahan pemain tersebut.

Dengan bidaan tinggi itu, Marca mendakwa Liverpool juga bersedia menjadikan Asensio sebagai pemain bergaji paling mahal di Anfield.

Pengurus baharu Real Madrid, Julen Lopetegui masih belum memutuskan mengenai masa depan Asensio dan perlu menunggu sehingga kempen Sepanyol di Piala Dunia berakhir.

Asensio hanya melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia.

"Sebaik sahaja kempen Piala Dunia berakhir, kita akan bercakap mengenai masa depan saya. Sekarang saya hanya fokus untuk perlawanan penting ini," katanya.

Marco Asensio, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain