suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir 90 peratus peminat sokong Isco sertai Tottenham

PEMINAT Tottenham mula membuat spekulasi bahawa Isco dari Real Madrid akan menyertai skuad itu dan sekitar 90 peratus penyokong mahu Levy dan Pochettino berpindah.

Undian itu dibuat oleh Foot Ball Fan Cast ke atas penyokong kelab tersebut.

Walaupun memenangi Liga Juara-Juara sebulan yang lalu, Real Madrid seperti mengalami sedikit kacau-bilau buat masa ini.

Zinedine Zidane mengejutkan dunia bola sepak selepas mengumumkan peletakan jawatannya, dan perpindahan Julen Lopetegui dari Sepanyol tidak begitu lancar.

Isco belum meluahkan keinginannya untuk berpindah, tapi dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke utara London dalam beberapa acara sejak Pochettino memberi pujian kepada bintang Sepanyol itu.

Pemain berusia 26 tahun itu turut meraih pujian yang tinggi bagi persembahannya dalam perlawanan menentang Iran pada Piala Dunia 2018.

Isco yang dianggarkan bernilai £67.5 juta oleh Transfermarkt mendapat restu daripada penyokong Tottenham.

Isco, Tottenham

Artikel Berikut

Artikel Lain