suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Kedah mula-mula perlahan, kemudian bangkit"

Nidzam Adha

KETUA Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof menyifatkan kemenangan skuadnya ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai kebangkitan ke tahap lebih baik.

Kedah berjaya menewaskan PKNS 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Selasa malam, sekali gus meletakkan skuad berkenaan ke kedudukan keempat liga.

Menurutnya, kemenangan itu diperolehi dengan aksi lebih baik daripada semua pemain termasuk import.

Jelasnya, walaupun anak didiknya memulakan permainan dengan perlahan namun berjaya menguasainya dan mendapatkan jaringan untuk berada di depan.

"Saya lega dengan jaringan Paulo Rangel dan Andik Vermansyah kerana ia secara tidak langsung telah menaikkan moral mereka untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

"Kita juga berdepan aksi cemerlang penjaga gol pelawat yang beraksi dengan baik untuk memastikan gawangnya tidak mudah dibocori selepas diasak.

"Pemain kita layak mendapat pujian. Saya harap mereka akan beraksi dengan lebih baik selepas ini untuk memastikan kita mendapat kedudukan lebih baik pada carta liga," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.

Mohd Nidzam turut memuji aksi penjaga gol baharu skuad hijau kuning Ramadhan Hamid selepas dua perlawanan.

Ini kerana, bekas pemain Kelantan itu berjaya membuktikan kemampuan dirinya dan keperluan untuk terus membarisi kesebelasan utama Kedah.

Beliau selain itu turut memuji aksi pemain PKNS yang sentiasa memberi cabaran kepada anak didiknya sehingga memaksa mereka bekerja keras sehingga ke akhir permainan.

Liga Super, Nidzam Adha

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain