suria

"Fokus banyak pertandingan, mungkin akan gagal"

Skuad JDT

PETALING JAYA: Pemain Johor Darul Tak'zim (JDT) hanya mahu memberikan tumpuan terhadap perlawanan yang mustahak sahaja.

Pemain tengah import JDT, Hariss Harun mengakui pasukannya perlu bijak kerana jika fokus diberikan kepada banyak pertandingan, mereka mungkin akan gagal.

"Sejak dari awal musim dengan pelbagai krisis yang JDT alami, Tunku Mahkota Johor memanggil kami semua untuk bermesyuarat dan bertitah bahawa baginda tidak bermaksud mengatakan pertandingan yang lain tidak mustahak.

"Jadi,  lebih baik kita berikan tumpuan penuh pada satu pertandingan yang paling mustahak. Baginda tidak bermaksud untuk kami kalah pada pertandingan yang lain tetapi baginda mahu letakkan keutamaan kepada yang lebih mustahak dan kami semua tahu yang mana satu lebih mustahak.

"Oleh itu, adalah penting untuk seluruh pasukan dalam organisasi kelab ini faham apa yang dimaksudkan oleh baginda. Kita boleh lihat kami menumpukan sepenuh perhatian kepada liga pada tahun ini kerana ia adalah satu sejarah yang akan tercipta," jelasnya di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Harris Harun. Foto kredit: JDT

Pemain berusia 27 tahun itu kini yakin pasukannya berada di landasan betul.

"Kami akan berjuang sehingga misi kami tercapai."

JDT kini kukuh menguasai kedudukan teratas Liga Super dengan mengumpul 44 mata dalam 17 perlawanan.

Selain itu, jurulatih kelab, Raul Longhi tidak mahu membincangkan mengenai kejuaraan musim ini terlebih dahulu.

"Saya hanya mahu memperkatakan mengenai aksi seterusnya iaitu perlawanan bertemu pasukan Perak (11 Julai).

"Ia merupakan satu perlawanan yang amat sukar dan saya akan memberi tumpuan mengenai perlawanan itu sahaja buat masa sekarang.

"Apa yang penting adalah kami akan cuba memenangi semua perlawanan kerana JDT merupakan sebuah kelab yang besar, kami perlu menang tidak kira apa sekali pun."

Harris Harun, JDT

Artikel Lain