suria

Xhaka, Shaqiri bakal berdepan tindakan FIFA

Xhaka membuat gaya 'dua helang' dengan tangannya mewakili bendera Kosovo.

PEMAIN Switzerland Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri bakal berdepan tindakan daripada FIFA kerana meraikan gol kemenangan 2-1 ke atas Serbia bermotifkan politik.

Aleksander Mitrovic membuka jaringan awal untuk Serbia pada minit kelima tetapi Xhaka berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Shaqiri melengkapkan gol kemenangan Switzerland pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu Switzerland menduduki tangga kedua Kumpulan E berkongsi empat mata dengan pendahulu, Brazil.

Shaqiri meraikan jaringannya.

Shaqiri dan Xhaka mengimbau asal usul mereka di Kosovo, sebuah bekas daerah di Serbia, yang mencetuskan ketegangan sebelum dan sewaktu perlawanan awal pagi Sabtu.

Kedua-dua pemain itu meraikan jaringan mereka dengan membuat gaya 'dua helang' dengan tangan mereka mewakili bendera Kosovo, yang dilihat sebagai simbol penentangan.

Shaqiri diejek sepanjang permainan oleh penyokong Serbia dalam perlawanan berkualiti tinggi itu, namun penyerang Stoke City itu membalasnya dengan jaringan kemenangan pada saat akhir.

"Pasti wujud emosi dalam bola sepak dan anda boleh lihat apa yang saya lakukan dan ia hanya sekadar emosi," katanya merujuk kepada jaringan kontroversinya.

"Saya gembira dapat menjaringkan gol, itu saja," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain