suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julen Lopetegui pengurus baharu Real Madrid

Julen Lopetegui. Foto AFP

JULEN Lopetegui dinamakan sebagai pengurus Real Madrid yang baharu beberapa minggu selepas menetapkan masa depannya dengan skuad kebangsaan Sepanyol.

Lopetegui menandatangani perjanjian sehingga 2020 pada 22 Mei lalu tetapi Real Madrid telah merebut peluang itu dan beliau bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu selepas Piala Dunia.

Pemain berusia 51 tahun itu mewakili Barcelona sebagai pemain selama tiga tahun tetapi kini menguruskan kelab saingannya.

Real Madrid dalam pengumuman rasminya berkata: "Julen Lopetegui akan menjadi jurulatih Real Madrid selepas Piala Dunia 2018.

"Real Madrid mengumumkan Julen Lopetegui akan menjadi jurulatih untuk pasukan pertama bagi tiga musim akan datang.

"Julen Lopetegui akan menyertai kelab selepas penyertaan Sepanyol dalam Piala Dunia, selepas dua tahun memimpin skuad kebangsaan," tambah kenyataan itu. - Mail Online UK


Julen Lopetegui, Real Madrid

Artikel Lain