suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kluivert tolak United, pilih sertai Roma

PEMAIN buruan Manchester United, Justin Kluivert menyertai kelab gergasi Itali, Roma dari Ajax dengan yuran perpindahan bernilai 15.85 juta pound sterling.

Jose Mourinho amat meminati Kluivert tetapi pemain berusia 19 tahun itu memilih untuk memperkuat Roma pada kempen musim 2018/2019.

Kluivert menghabiskan masa selama 11 tahun bersama Ajax tetapi akan melebarkan sayapnya ke Itali demi melonjakkan mutu permainannya.

Pemain tersebut tiba di lapangan terbang Roma dan disambut ratusan penyokong yang sedia menunggu untuk mendapatkan tandatangannya.

Kuivert akan melengkapkan pemeriksaan kesihatan di pusat latihan Roma pada Selasa sebelum diperkenalkan kepada penyokong di Stadio Olimpico.

Pemain muda itu merupakan anak kepada legenda Ajax, Patrick Kluivert yang menggesanya supaya kekal di kelab Belanda itu.

"Saya secara peribadi bercakap dengannya supaya kekal setahun lagi di Ajax.

"Dia baru sahaja berusia 19 tahun, masih muda tetapi dia membuat keputusan sendiri. Sebagai seorang bapa, saya perlu menyokong apa sahaja keputusannya," kata Patrick.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain