suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tite nafi bincang dengan Real Madrid

TITE nafi ada kaitan dengan mana-mana kelab.

Ketua jurulatih Brazil itu menafi laporan mengatakan ada perbincangan dengan Real Madrid.

Real kini dalam radar pencarian pengurus baharu bagi menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatan bulan lalu.

Jurulatih berusia 57 tahun itu enggan melayan laporan sebegitu dan hanya memberi fokus kepada pasukan dalam mengharungi kempen Piala Dunia bermula 14 Jun ini.

"Jika itu sebagai pandangan, ia layak menerima hormat daripada saya.

"Dan jika merupakan satu persoalan, ia adalah penipuan; ia tidak meghormati dan bersikap penipu. Itu yang saya boleh cakap.

"Saya tidak berhubung dengan sesiapa. Gilma Veloz (ejen) adalah kawan saya, tidak bercakap dengan sesiapa.

"Saya mendapat penghormatan yang baik di mana saya berada.

"Saya tahu tanggungjawab dan sasaran di sini," jelasnya kepada Goal.

Kontrak Tite bersama Brazil bakal berakhir selepas saingan Piala Dunia tahun ini.

Dan Real perlu bersabar sehingga tamat  Piala Dunia untuk dapatkan jurulatih yang mempunyai hubungan baik dengan bintang kelab itu, Neymar.

Real Madrid, Tite

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain