suria

Villas-Boas dalam radar Real Madrid

BEKAS pengurus Chelsea dan Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas dipertimbangkan sebagai pengendali baharu Real Madrid.

Zinedine Zidane meninggalkan Santiago Bernabeu bulan lalu meskipun memacu Real memenangi trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Meskipun Real sekadar menamatkan aksi La Liga di tempat ketiga, kejayaan memenangi trofi Liga Juara-Juara itu sudah cukup untuk memastikan Zidane kekal sebagai pengurus pasukan itu.

Kini Real sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk Villas-Boas yang masih mempunyai kontrak bersama Shanghai SIPG di China.

Meskipun dipecat Chelsea sebelum ini, pengendali kelahiran Portugal itu memahat beberapa rekod cemerlang sepanjang kariernya sebagai jurulatih.

Beliau pernah memenangi trofi Liga Europa bersama Porto dan memacu Zenit Saint Petersburg ke saingan Liga Premier Rusia.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada tawaran rasmi sudah dikemukakan, namanya turut dalam senarai pendek untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Zidane.

Andre Villas-Boas, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain