suria

Nidzam Adzha terima kekalahan...

Pemain pertahanan Kedah Khairul Helmi Johari terjatuh diasak oleh pemain Kelantan Lazarus Kaimbi pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam Selasa. -fotoBERNAMA

KETUA Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof reda dengan kekalahan 2-1 skuad hijau kuning kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Selasa malam.

Menurutnya, kekalahan itu terpaksa ditelan kerana pemain dilihat telah melakukan yang terbaik di atas padang walaupun permainan berakhir dengan kekalahan.

Mohd Nidzam turut menganggap kecemerlangan penjaga gol lawan sebagai penghalang kepada usaha berterusan anak didiknya yang cuba mendapatkan gol selepas ketinggalan 2-1.

"Jika tengok rekod sebelum ini, Sandro Da Silva tidak pernah gagal ambil penalti sebelum ini, tetapi dalam perlawanan ini sepakanya pada minit ke-92 berjaya diselamatkan.

"Itu adalah peluang terkahir kita untuk menyamakan kedudukan tetapi ia tidak berhasil. Bukan setakat itu beberapa peluang yang sepatutnya dijelmakan dengan jaringan juga tidak berhasil.

"Pemain telah berusaha mencari gol penyamaan sebelum itu tetapi tidak berjaya kerana penjaga gol Kelantan beraksi dengan baik. Kita terima kekalahan ini," katanya selepas perlawanan tersebut.

Mohd Nidzam memberitahu, kecederaan penjaga gol utama Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim turut memberi kelebihan kepada lawan dan kegagalan Mohd Asri Muhammad telah memaksanya melakukan pertukaran untuk perlawanan akan datang.

"Kita lihat dua gol mudah dilepaskan dalam perlawanan ini dan oleh itu untuk perlawanan seterusnya kita mungkin akan menggunakan khidmat penjaga gol lain untuk memastikan perkara sama tidak berulang sementara Mohd Asri terus diberikan latihan.

"Perlawanan ini sudah pun berlalu dan apa yang penting sekarang memberi sepenuh perhatian untuk perlawanan akan datang menentang pasukan sama, kita tidak mahu perkara sama berulang," jelasnya.

Nidzam Adzha, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain