suria

David Beckham bersuara untuk Piala Dunia 2026

David Beckham. Foto Reuters

DAVID Beckham tampil menyokong Amerika Utara untuk membida tuan rumah bagi Piala Dunia 2026 dengan menjelaskan bahawa kejohanan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi sangat menarik.

Komen bekas kapten England itu disebut dalam video yang dikeluarkan oleh Major League Soccer lapan hari sebelum anggota persatuan Fifa mengadakan pertemuan di Moscow, Rusia untuk memutuskan antara tawaran yang diketuai Amerika dan Maghribi.

Menurut bintang berusia 43 tahun itu, kejohanan bola sepak yang besar seperti Piala Dunia sepatutnya berada di tempat yang hebat dan jika Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico mendapatkannya, ia akan mengujakan.

Beckham, yang bermain untuk Manchester United, Real Madrid dan Paris St Germain sepanjang kerjayanya juga menghabiskan masa enam musim dengan Los Angeles Galaxy dan kini memiliki sebahagian daripada Inter Miami, yang akan menyertai MLS pada 2020.

Miami merupakan salah satu daripada 14 bandar tuan rumah yang dicadangkan oleh tawaran United untuk Piala Dunia yang menggunakan format 48 pasukan. - Mail Online UK

David Beckham, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain