suria

Aston Villa gantung tugas CEO gagal bayar cukai

ASTON Villa menggantung tugas ketua pegawai eksekutif (CEO) kegagalan membayar cukai yang tertunggak.

Kelab itu menggantung Keith Wyness kerana gagal membayar tunggakan bernilai 5 juta pound pada tenpoh yang ditetapkan pada Jumaat lalu.

Pihak kelab dijnagka akan menyelesaikan perkara itu dalam tempaoh 48 jam bersama bayaran tambahan 2 juta pound.

Namun Sporstmail melaporkan bahawa pemilik kelab Dr Tony Xia gagal menyediakan wang tunai kepada kelab sejak tiga bulan lalu.

Menurut Xia, amat sukar untuk memindahkan wang dari China kerana sekatan kerajaan.

"Kelab Bolasepak Aston Villa mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Keith Wyness digantung serta merta.

"Pemilik dan pengerusi kelab, Dr Tony Xia akan mengambil alih tugas itu buat sementara.

"Tiada lagi kenyataan lain dari kelab setakat ini," jelas satu kenyataan kelab.

Aston Villa, CEO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain