suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua pemain buat Mourinho bengang!

JOSE Mourinho bengang dengan dua pemainnya yang dikatakan tidak menunjukkan usaha ketika aksi final Piala FA awal apagi Ahad.

Romelu Lukaku berada di bangku simpanan selepas memberitahu pengurusnya bahawa dia tidak cergas berikutan kecederaan di buku lali.

Sebelum perlawanan, penjaring terbanyak kelab itu yakin untuk berada dalam sebelas senarai terbaik sehinggalah seminggu menjelang final.

Manakala Marouane Fellaini terlepas tiga aksi terakhir perlawanan musim ini dengan mengalami kekejangan otot dan tidak berada dalam skuad utama, walaupun sumber terdekat pemain itu mendedahkan dia sebenarnya berada dalam keadaan baik.

Lukaku dan Fellaini (kanan).

Mourinho mengesyaki kedua-dua pemain itu cuba melindungi mereka daripada kecederaan untuk pada Piala Dunia nanti.

"Apabila pemain memberitahu mereka tidak bersedia untuk bermain, timbul persoalan berapa minit anda boleh bermain.

"Bagaimana untuk menyakin pemain yang memberitahu saya mereka tidak bersedia?," ujarnya merujuk kepada Lukaku selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, United tewas 1-0 kepada Chelsea.

Jose Mourinho, Lukaku, Fellaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain