suria

Hazard sumbat gol, tapi Conte layak dapat pujian

Conte berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Chelsea. -

EDEN HAZARD menjaringkan gol kemenangan buat Chelsea, namun Antonio Conte layak diberikan pujian kerana taktik permainannya menjadi apabila The Blues kembali kepada asas sekali gus meraih keputusan 1-0 ke atas Manchester United di Wembley.

Desmond Kane dari Eurosport menulis, sekiranya kemenangan itu menjadi petanda 'selamat tinggal' daripada Conte, pengurus Chelsea itu boleh meninggalkan Stamford Bridge dengan bermaruah.

Perlawanan yang berlangsung pada petang upacara perkahwinan diraja antara Putera Harry dan Megan Markle itu berjaya menonjolkan putera idamannya sendiri apabila Hazard menghadiahkan gol tunggal untuk The Blues.

Hazard tidak berhenti selagi tidak berjaya menundukkan United yang sudah semakin pudar rentak.

Jika ini penyudahnya buat Conte di Chelsea, pengurus itu boleh memulakan cabaran baharu selepas berjaya membuktikan prestasinya mengendalikan kelab itu dan menjadikan kedudukan kelima pada Liga Perdana Inggeris lalu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

"Kedudukan saya tidak berubah. Saya tidak mahu mendengar tawaran lain kerana keputusan saya sangat jelas.

"...iaitu untuk menghormati kontrak saya bersama Chelsea dan teruskan tugas di sini.

"Saya akan kekalkan jawatan (pengurus). Dalam masa dua tahun, kami menang Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

"Saya rasa saya sudah buktikan di England juga bahawa saya seorang pemenang, pemenang bersiri biarpun ada banyak kesukaran," kata Conte.

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Lain