suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea singkir Manchester United, rangkul Piala FA

CHELSEA menjulang Piala FA musim ini selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Stadium Wembley awal pagi Ahad.

The Blues merakam gol tunggal perlawanan akhir menerusi Eden Hazard pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti.

Menurut kapten Gary Cahill, kemenangan ini sekaligus telah menebus kekecewaan kelab musim ini yang menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kelima.

“Ia telah menyelamatkan kami kerana tidak mempunyai sesuatu yang menarik musim ini.

“Kami perlu menang untuk semua orang," jelasnya selepas perlawanan.

Conte menjulang trofi Piala FA musim ini.

Dalam pada itu, penjaring kemenangan, Hazard berkata: “Kami cuba bertahan dengan baik. Kami cuba bermain dengan bersih, kami menjaringkan gol.

“Ia amat mencukupi tetapi jika kami ingin menang dalam perlawanan lain, kami perlu bermain lebih baik lagi daripada ini .

“Saya amat gembira kerana melihat semua penyokong meraikan bersama kami. Bukan musim indah, tetapi sekurang-kurangnya kami menamatkannya dengan sebuah trofi.”

Sementara itu, trofi ini menjadi hadiah terakhir buat Chelsea selepas pengurusnya Antonio Conte bakal meninggalkan kelab musim ini.

Chelsea, Piala FA, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain