suria

Selamat tinggal Andres Iniesta!

SELEPAS 32 trofi dan lebih 600 penampilan, pemain legenda bola sepak Andres Iniesta akan menamatkan kariernya di Barcelona pada Ahad, dalam perlawanan Catalan menentang Real Sociedad.

Barcelona memberi penghormatan kepada ikon kelab itu menerusi sebuah acara yang diberikan nama 'Infinite Iniesta'.

Beberapa bintang sukan ternama dijemput untuk meraikan pemain tengah kelahiran Sepanyol itu di atas segala sumbangan yang diberikannya.

Ramai daripada bekas rakan sepasukan Iniesta termasuk Xavi, Yaya Toure dan Thirry Henry tidak melepaskan peluang untuk hadir pada acara itu.

Dari kiri ke kanan: Ucapan oleh Sergio Ramos, Carles Puyol, Rafael Marquez dan Andrea Pirlo kepada Iniesta.

Dari kiri ke kanan: Neymar, Jupp Heyncknes dan Rivaldo.

Sergio Ramos, Gianluigi Buffon dan Francesco Totti pula memberikan pujian yang tidak terhingga kepada pencapaian Iniesta.

Bintang Liga Perdana Inggeris seperti pemain Manchester City, Kevin De Vruyne dan pemain Arsenal, Hector Bellerin turut menyampaikan ucapan kepadanya dan menyifatkan Iniesta sebagai pemain terbaik Barcelona sepanjang zaman.

Setiap yang hadir diminta membuat kesimpulan ke atas Iniesta dengan sepatah perkataan dan respon yang diberikan mereka adalah seperti, ahli silap mata, tidak dapat disentuh dan unik.

Iniesta membuat pengumuman dalam sidang media pada bulan lalu bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini. - Daily Mail

Andres Iniesta

Artikel Sebelum

Artikel Lain