suria

City, United mula sedia bajet

Eden Hazard

MANCHESTER City dalam pertimbangan untuk mendapatkan Eden Hazards dengan tawaran 100 juta pound.

Masa depan bintang Chelsea masih lagi menjadi tanda tanya di Stamford Bridge selepas membantu The Blues merangkul Piala FA pada Ahad.

Pemain antarabangsa Belgium itu menjadi tarikan kelab juara liga musim ini yang sememangnya sedang mencari satu atau dua pemain baharu.

Dalam pada itu, pencabar terdekat City, Manchester United turut dilapor dalam persiapan untuk berbelanja besar mencari pemain baharu musim depan.

Menurut laporan The Mirror, United menyediakan 250 juta pound untuk membeli pemain.

Pengurus Jose Mourinho mahu mendapatkan Toby Alderweireld untuk benteng pertahanan.

Manakala dua lagi pemain untuk digunakan di bahagian tengah termasuk Fred, Jorginho dan Michael Seri.

Manakala Gareth Bale turut menjadi sasaran United.

Selain itu, Arsenal pula dilaporkan bakal melantik Mikel Arteta sebagai pengurus baharu menggantikan Arsene Wenger sebelum bermula Piala Dunia Jun ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain