suria

Griezmann pilih Barcelona?

BINTANG Barcelona Luis Suarez memberi bayangan bahawa Antoine Griezmann akan menyertai kelab gergasi Sepanyol itu pada musim panas ini.

Griezmann mempunyai klausa pelepasan bernilai 88 juta pound sterling dalam kontraknya bersama Atletico Madrid dan dia mungkin menjadi salah seorang pemain paling dikehendaki sebaik jendela perpindahan dibuka semula Jun ini.

Pemain kebangsaan Perancis ini memilih untuk kekal bersama Atletico tahun lalu susulan hukuman sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap pasukan tersebut sehingga membantutkan hasratnya untuk berhijrah ke Manchester United.

Namun kali ini, Atletico sedia melepaskan Griezmann yang mungkin memilih untuk menyertai Barcelona.

Dan kini Suarez seolah-olah mengiyakan khabar angin itu.

"Ia membuatkan kelab berbangga membawa masuk pemain seperti Antoine, Ousmane Dembele dan Philippe Countiho.

"Dia mampu bermain di peringkat tertinggi dan sentiasa berjuang. Dia merupakan senjata utama untuk Atletico.

"Dia datang bukan untuk mengambil tempat sesiapa tetapi datang dengan cita-cita untuk menang. Kehadirannya amat dialu-alukan," kata Suarez.

Antoine Griezmann, Barcelona

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Lain