suria

Bukan aksi final Salah, Ronaldo

MOHAMED Salah menegaskan aksi final Liga Juara-Juara bukan medium pertarungan antara dirinya dan juga Cristiano Ronaldo.

Liverpool akan bertemu Real Madrid di Kiev selepas menang dengan agregat 7-6 ke atas Roma, awal pagi Khamis.

Salah menjaringkan 43 gol dalam 49 penampilannya sejak menyertai Liverpool dari Roma pada musim panas lalu.

Malah prestasi semasa Salah ketika ini menyaksikan dia menjadi pencabar utama Ronaldo dan bintang Barcelona Lionel Messi untuk anugerah Ballon d'Or.

Pemain berusia 25 tahun itu enggan menganggap pentas final di Kiev sebagai medan pertarungan membabitkan dirinya dan juga Ronaldo.

Sebaliknya, Salah berkata pertarungan final itu melebihi kepentingan peribadinya.

"Ia tidak akan jadi final antara Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo.

"Saya bermain bersama sebuah kelab hebat dan kami ada pemain hebat, jadi mara ke pentas final dengan kerjasama sebuah pasukan yang hebat. Saya tidak boleh melakukannya dengan sendiri.

"Saya tahu rakyat Arab sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan mereka gembira setiap kali saya menang. Tapi sekarang, saya hanya fikir mengenai final dan membawa trofi ke Anfield," katanya.

Salah berpeluang cerah untuk merangkul anugerah Ballon d'Or kali ini sekiranya berjaya memacu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Siapa Salah?

Artikel Lain