suria

Siapa Salah?

Bahaa (kiri) bergambar bersama Salah.

AHMED Bahaa merupakan seorang jurutera yang menetap di Giza, Mesir.

Bagaimanapun bekas pelajar di Universiti Kaherah itu tiba-tiba menjadi popular di media sosial gara-gara raut wajahnya yang mirip bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Salah cemerlang bersama Liverpool musim ini dengan meledak 31 gol dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA menewaskan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne untuk merangkul anugerah tersebut.

Bahaa memiliki raut wajah mirip Salah.

Malah pemain berusia 25 tahun itu turut membantu Liverpool mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat pertama kalinya sejak 11 tahun lalu selepas menang dengan agregat 7-6 di Roma.

Bahaa mendedahkan pernah bertemu dengan Salah semasa pemain itu bersama Roma.

Malah, dia turut mengambil kesempatan bergambar bersama-sama pemain tersebut.

Bahaa menjadi perhatian di media sosial.

Wajah mereka seakan-akan serupa sehingga sukar untuk meneka yang mana satu Salah mahupun Bahaa.

Ahmed Bahaa, Mohamed Salah

Artikel Lain