suria

Impian Arsenal lebur di Wanda Metropolitano

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kelihatan sedih. - Reuters

HARAPAN Arsenal untuk menamatkan era Arsene Wenger bersama kejayaan Liga Europa tidak kesampaian apabila tewas 1-0 semasa perlawanan separuh akhir, leg kedua menentang Atletico Madrid.

Diego Costa menyumbat satu gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano itu sekaligus mencatatkan agregat 2-1 dan menempah tempat ke final.

Arsenal cuba bangkit selepas kehilangan Laurent Koscielny pada awal perlawanan kerana dipercayai cedera pergelangan kaki.

Bagaimanapun, Arsenal berjuang dengan sehabis daya untuk menyamakan kutipan gol walaupun memulakan perlawanan dengan cantik.

Atletico yang belum berjaya menjaringkan sebarang gol di Estadio Metropolitano sejak Januari disifatkan berada jauh daripada prestasi terbaik mereka, tetapi berdiri teguh sebaik berjaua membuka jaringan.

Kini, Atletico akan bertemu Marseille di Lyon pada 16 Mei dalam pertempuran akhir Liga Europa yang merupakan kali kelima buat mereka, dalam sembilan musim yang terakhir. - Eurosport

Arsenal, Atletico Madrid

Artikel Lain