suria

Gerrard hampir pasti kemudi Rangers

LEGENDA Liverpool Steven Gerrard akan dilantik secara rasmi sebagai pengurus baharu Ranges dalam tempoh 24 jam lagi.

Selepas diberi jaminan bahawa dia akan diperuntukkan sejumlah dana untuk memperkukuhkan skuad, Rangers yakin Gerrard akan bersetuju dengan tawaran pasukan itu.

Bekas kapten Liverpool itu telah mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan Ibrox selepas dikenal pasti sebagai calon pilihan utama menggantikan Graeme Murty yang dipecat Selasa lalu.

Difahamkan Gerrard mahu jaminan bahawa dia akan mendapat sokongan dana semasa pintu perpindahan pemain dalam usaha mengakhiri penguasaan Celtic pada aksi Liga Scotland.

Pelantikan Gerrard bakal menyaksikan dirinya melangkah ke bidang pengurusan dan bakal bertemu pengurus Celtic, Brendan Rodgers yang juga bekas pengendali Liverpool.

Gerrard yang melakukan 114 penampilan bersama skuad England kini bertanggungjawab melatih skuad bawah 18 tahun (B-18) Liverpool.

Malah bekas pemain The Reds berusia 37 tahun itu akan membawa bersama bekas kapten Scotland, Gary McAllister sebagai pembantunya dan juga pembantu pengurus B-18 Liverpool, Tom Culshaw selain jurulatih kecergasan Jordan Milsom untuk memperkuat Rangers.

Bekas pengurus Liverpool, Gerrard Houllier percaya Gerrard tidak akan melepaskan peluang itu untuk menguji dirinya dalam bidang pengurusan.

"Sejujurnya, jadi diri anda dan jangan lupa kepimpinan adalah pemindahan emosi.

"Jika sedih pasukan akan turut bersedih, dan jika dia yakin pasukan akan bertambah optimis," kata Houllier.

Steven Gerrard, Rangers

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain