suria

Presiden Roma salahkan pengadil 'buta'

Edin Dzeko

PRESIDEN AS Roma James Pallotta menyalahkan pengadil selepas pasukannya tersingkir dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pallotta berkata, satu jenaka jika video pembantu pengadil (VAR) tidak diperkenalkan dalam perlawanan.

Roma memenangi aksi timbal balik 4-2 ke atas Liverpool, namun wakil kelab England itu mara ke final selepas menang agregat 7-6.

Malah Pallotta percaya beberapa keputusan pengadil tidak menyebelahi mereka.

"Saya sedar bukan ia sukar buat pengadil tetapi sangat memalukan apabila kami tewas dengan agregat seperti itu.

"Kamu tidak boleh biarkan perkara itu berlaku," ujarnya.

Jelas Pallotta, Roma sepatutnya menerima dua penalti.Edin Dzeko dijatuhkan oleh penjaga gol Liverpool, Loris Karius tetapi penyerang itu dikatakan berada dalam ofsaid.

Manakala pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dilihat bola terkena tangan dalam kawasan kotak selepas percubaan Stephan El Shaarawy namun insiden itu tidak dilihat pegawai perlawanan.

"Anda boleh lihat sendiri. Dalam tempoh 49 minit dia tidak ofsaid dan dijatuhkan penjaga gol.

"Semua orang nampak bola terkena tangan kecuali mereka yang berada di padang. Ia sepatutnya diberi kad merah dan bermain sepuluh orang ketika minit ke-63.

"Jika mereka tidak menggunaka VAR dalam Liga Jaura-Juara, ia sangat lawak," kata Palotta.

Roma, Liverpool, Pallotta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain