suria

Tak masuk akal - Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui mereka perlukan tuah untuk melepasi AS Roma pada aksi separuh akhir kedua yang berlangsung awal pagi ini.

The Reds  membawa kemenangan selesa 5-2 (pusingan pertama) sebelum tewas 4-2 di tangan Roma pada aksi kedua awal pagi Khamis.

Mereka layak ke final dengan agregat 7-6.

"Ini adalah kali pertama kami tidak begitu baik, jadi kami perlukan tuah. Itu sahaja yang kami ada.

"Terlalu banyak ruang kosong. Tetapi barisan akhir kami terlalu ke dalam dan sebenarnya ia tidak boleh bermain seperti tiu.

"Kali pertama mara ke separuh akhir dan pemain-pemain sangat gugup. Sedikit teruja...lebih teruja sebenarnya, lebih daripada apa yang saya mahukan," jelasnya selepas perlawanan.



Klopp mengakui Liverpool melalui perjalanan yang indah setakat ini.

"Kini kami akan pergi ke Kiev yang kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah kebenarannya.

"Banyak lagi kerja yang perlu diuruskan. Mara ke final adalah baik, tetapi jika menang lebih baik.

"Kami bersedia. Tetapi ia adalah Real Madrid," katanya.

Liverpool, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain