suria

Salah luah perasaan lepas Liverpool mara ke final

Foto dari Getty Images.

MOHAMED SALAH meluahkan kata-kata motivasi kepada penyokong Liverpool selepas pasukannya berjaya mengetepikan Roma untuk mara ke final Liga Juara-Juara.

Pemain kelahiran Mesir itu sangat gembira kerana berjaya membantu Reds mara ke perlawanan akhir liga itu buat kali pertama sejak 2007.

Kekalahan 4-2 di Rom sudah cukup buat Reds mara secara agregat 7-6, dengan Salah menjaringkan gol dua kali pada leg pertama di Anfield.

Ketika sedang meraikan kejayaan pasukannya di hadapan peminat Liverpool, seorang wartawan dari TV Denmark berjaya mendapatkan ucapan daripada Salah.

"Kami (akan) berada di perlawanan akhir sekarang.

"Kami mempunyai satu lagi perlawanan untuk memenangi Liga Juara-Juara!

"Saya berkata pada awal kejohanan, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangi Liga Juara-Juara. Tapi yeah ... sekarang kami berada di perlawanan akhir!," kata pemain berusia 25 tahun itu.

Salah telah memenangi anugerah 'PFA Player of the Year' setelah menjaringkan 43 gol dalam musim pertamanya bersama Liverpool. - Daily Star

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain