suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool pecah rekod jaringan terbanyak dalam Liga Juara-Juara

Foto dari AFP.

DUA gol pertama Liverpool dalam perlawanan leg kedua menentang Roma menjadikan Reds sebagai pasukan yang mencatat skor tertinggi dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Serangan hebat Liverpool dalam liga itu pada musim ini digeruni dan kini kelab itu berjaya memecahkan rekod.

The Reds memasuki pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Roma dengan hanya memerlukan satu gol untuk menyamai rekod jaringan gol terbanyak sepanjang masa, yang dipegang oleh Barcelona pada 1999-2000 iaitu sebanyak 45 gol dalam 16 perlawanan.

Liverpool tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadi kelab pertama yang mencapai rekod itu.

Sadio Mane membuka jaringan pada minit kesembilan sekaligus menyamakan kedudukan antara gergasi La Liga.

Pemain tengah Liverpool, James Milner bagaimanapun melakukan kesilapan apabila dia menyumbat gol sendiri pada minit ke-15 sekaligus menghadiahkan gol pertama buat Roma.

Jaringan Georginio Wijnaldum mencatatkan keputusan 2-1 pada minit ke-25 telah menjadikan Reds berjaya memecah rekod termasuk layak ke peringkat kelayakan, kumpulan dan peringkat kalah mati pertandingan.

Liverpool sebenarnya berjaya mengatasi rekod dalam hanya 14 perlawanan. - Eurosport

Liverpool, liga juara-juara

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain