suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Holding sambung kontrak tanpa Wenger di sisi

ROB Holding menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal tanpa iringan pengurus atau pegawai kanan kelab.

Holding dilihat memakai jersi Arsenal sambil memegang pen untuk menandatangai kontrak baharu untuk tempoh empat tahun tanpa sesiapa di sisinya dan ia adalah gambaran yang berbeza daripada sebelum ini.

Ini kerana, Arsenal masih dalam pencarian pengurus baharu apabila Arsene Wenger mengesahkan dia akan meninggalkan Stadium Emirates sebaik sahaja tamat musim ini.

Malah, Arsenal mendedahkan sekiranya Wenger berada bersama Holding, ia bakal menimbulkan kontroversi.

Bagaimana pun ia tetap kelihatan janggal apabila Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis atau pegawai kanan kelab yang lain tidak memberi sokongan kepada Holding.

Rob Holding, Arsenal

Artikel Sebelum

Tak masuk akal - Klopp

Artikel Berikut

Artikel Lain