suria

Sathianathan akui The Fighters letih tapi...

PETALING JAYA: Felda United tidak menjadikan alasan jadual padat untuk tampil mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Pengendalinya, B.Sathianathan memberitahu tempoh rehat yang pendek selepas perlawanan sejak April lalu menjadikan pemain-pemainnya keletihan.

"Sejak bulan lalu perlawanan berderet-deret dalam saingan Liga Premier dan Piala FA.

"Saya tahu pemain semua penat tetapi setakat ini mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan.

"Saya harap mereka kekalkan momentum ini dan berikan yang terbaik," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Sathianathan (kanan) bersama pemain ketika sesi latihan Felda United.

The Fighters bakal berdepan dengan UiTM pada Jumaat bagi perlawanan kesepuluh liga selepas 48 jam menang 3-2 ke atas Misc-Mifa.

Berdasarkan ranking semasa, Felda United kini menguasai kedudukan selesa tanpa kalah dalam sembilan perlawanan.

"Apa yang saya nampak, setiap pasukan yang bertemu Felda United mereka telah memberi tentangan sengit seratus peratus.

"Jadi kami tidak pernah memandang ringan kepada pasukan lain, begitu juga dengan pemain-pemain UiTM nanti.

"Saya yakin mereka juga akan cuba beri tentangan.

"Kami akan cuba kekalkan prestasi dan tidak bermain dalam keadaan tertekan," ujarnya.

Felda United, B.Sathianathan

Artikel Berikut

Artikel Lain