suria

Penyokong mahu Beckham ganti Wenger

SEORANG penyokong Arsenal yang terkenal dengan gaya seksi dan nakalnya setiap kali meraikan jaringan The Gunners, Terri Lou mahu pengurus Arsene Wenger digantikan dengan David Beckham.

Lou yang juga seorang model sering kali mengkritik pengendali Perancis berusia 68 tahun itu.

Dia antara ribuan penyokong yang mahu Wenger meninggalkan Arsenal tahun lalu.

Dan sebaik sahaja Wenger mengumumkan dia akan meninggalkan Arsenal hujung musim ini, Lou antara penyokong paling gembira dengan keputusan tersebut.

Lou amat meminati Oliver Giroud.

Malah Lou mahu Beckham, 42, sebagai pengganti Wenger kerana wajah tampan dimiliki bekas kapten England itu.

"Saya amat gembira Wenger akan pergi dan masanya sudah tiba. Ia baik untuk kelab.

"Kita tidak begitu bagus. Penyokong amat gembira dan saya fikir itu sebab dia angkat kaki.

"Saya fikir dia patut digantikan dengan David Beckham, dia amat kacak," kata Lou.

Lou juga berpendapat Beckham boleh menjadi seorang pengurus yang hebat dengan mengambil kira kredibilitinya sebagai pemain digeruni suatu masa dulu.

David Beckham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

United gagal pujuk Fellaini

Artikel Lain