suria

Pembantu Klopp angkat kaki

PEMBANTU Jurgen Klopp, Zeljko Buvac dilaporkan telah meninggalkan Liverpool menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Roma.

Buvac bekerjasama dengan Klopp selama 17 tahun bermula di Mainz dan Borussia Dortmund sebelum menyertai Liverpool pada 2015.

Malah Buvac digelar sebagai 'The Brain' kerana pengaruhnya terhadap sentuhan Klopp.

Bagaimanapun hubungan mereka dikhabarkan mulai dingin sejak beberapa minggu lalu.

Menurut The Daily Record, skuad Liverpool telah dimaklumkan mengenai pemergian Buvac pada Ahad.

Difahamkan, kedua-duanya tidak bertegur sapa semasa perlawanan dan Buvac tidak menghadiri mesyuarat taktikal kelab itu.

"Hubungan Klopp dan Buvac dingin. Mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain, malah Buvac tidak hadir mensyuarat taktikal.

"Dia juga tidak lagi terlibat dalam memilih kesebelasan utama pasukan. Pemain turut sudah dimaklumkan mengenai pemergian Buvac," kata sumber Liverpool.

Liverpool

Artikel Sebelum

Barcelona juara La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain