suria

Steven Gerrard diintai jadi pengurus Rangers FC

Gambar dari Reuters.

IAN WRIGHT dan Alan Shearer menggesa Steven Gerrard untuk menjadi pengurus Rangers yang seterusnya.

SunSport melaporkan pada Ahad bahawa legenda Liverpool berbelah bahagi sama ada mahu menggantikan Graeme Murty sebagai bos Ibrox atau tidak.

Gerrard mungkin bimbang selepas melihat Rangers dibelasah teruk 5-0 oleh Celtic, namun kelab itu nekad untuk mendapatkannya.

Kini, legenda Arsenal dan bekas bintang Hoops Wright berkata bahawa Gerrard akan menjadi 'peluang yang sukar dipercayai' untuk Rangers dan wira buat Anfield.

Bercakap pada Match of the Day 2, dia berkata: "Apa yang berlaku kepada Rangers pada masa lalu sehingga ke tahap ini, hanya untuk meletakkan mereka di kedudukan mereka sekarang, ia sesuatu yang sukar dipercayai.

"Ia adalah satu keajaiban yang telah mereka lalui untuk sampai ke tahap ini.

"Jika mereka boleh mendapatkan orang seperti Gerrard, itu adalah satu peluang yang luar biasa."

Shearer turut bersetuju dengan pandangan Wright tersebut.

Katanya, Gerrard akan membawa pemain yang lebih baik ke kelab itu berdasarkan reputasi yang dimilikinya.

kata Shearer: "Dia akan dapat menarik pemain lebih hebat berdasarkan apa yang dibawa olehnya ke kelab bola sepak."

Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain