suria

United gagal pujuk Fellaini

MANCHESTER United gagal meyakinkan pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini untuk terus kekal di Old Trafford.

Pengurus Jose Mourinho telah bertemu dengan Fellaini sebanyak tiga kali untuk menentukan masa depannya dengan kali terakhirnya diadakan awal bulan ini.

Fellaini dibawa masuk David Moyes dari Everton pada 2013 dengan harga 27.5 juta pound sterling.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas ini dan Daily Star difahamkan dia menolak tawaran baharu yang dianggarkan bernilai 140,000 pound seminggu.

United mempunyai ramai pemain tengah berbakat seperti Paul Pogba, Nemanja Matic dan Ander Herrera yang turut bersaing merebut tempat kesebelasan utama dengan Fellaini, 30.

Fellaini sering kali dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG), Juventus, Monaco, West Ham dan Leicester, kesemuanya bersedia membayar dua kali ganda gajinya ketika ini.

Difahamkan Fellaini menerima gaji sekitar 80,000 pound sterling bersama United.

Sekiranya dia menyertai The Hammers, Fellaini akan bekerjasama semula dengan Moyes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barcelona juara La Liga

Artikel Lain