suria

Salah dapat tanah di Makkah

BINTANG Liverpool Mohamed Salah bakal dihadiahkan sebidang tanah di Makkah susulan kejayaannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA musim ini.

Naib Presiden Perbandaran Tempatan di Makkah, Fah Al-Rowky memberitahu agensi berita Sabq mengenai rancangannya itu.

Beliau berkata pemain kebangsaan Mesir itu berjaya mengangkat nama Islam di United Kingdom.

"Terdapat beberapa pilihan mengenai pemberian sebidang tanah ini. Cara untuk pergi akan ditentukan oleh Salah selain sistem Saudi.

"Jika Saudi membenarkan tanah itu dimiliki Salah, dia akan diberikan sebidang tanah di tanah suci Makkah. Pilihan lain adalah membina masjid di tanah itu dengan namanya," kata Al-Rowky.

Beliau berkata terdapat pilihan lain atas permintaan Salah jika dia mahu tanah tersebut dijual dan menyerahkan hasil penjualannya.

Pemain berusia 25 tahun itu mencatatkan prestasi cemerlang pada musim pertamanya di Anfield.

Dia meledak dua lagi gol ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Roma awal pagi Rabu lalu yang menyaksikan Liverpool menang 5-2.

Mohamed Salah, Makkah

Artikel Sebelum

Apek dirisik dua kelab

Artikel Berikut

Gerrard nasihat Klopp

Artikel Lain