suria

Gerrard nasihat Klopp

Steven Gerrard.

LEGENDA Liverpool Steven Gerrard memberitahu Jurgen Klopp apa yang perlu dilakukannya pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka semula pada musim panas ini.

Bercakap selepas The Red menundukkan Roma 5-2 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi Rabu, Gerrard mendedahkan siapa yang perlu dibawa masuk pasukan itu.

Gerrard percaya seorang penjaga gol, pemain pertahanan dan penyerang sudah cukup untuk memantapkan skuad kendalian Klopp.

Liverpool sudah melengkapkan perpindahan Naby Keita dari RB Leipzig yang akan menyertai The Reds sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka semula.

"Saya fikir mereka berada di kedudukan yang amat istimewa ketika ini. Saya fikir dengan beberapa pemain yang betul dibawa masuk ke dalam pasukan, mereka boleh mencabar Manchester City.

"Jika Simons pergi, mereka perlu mencari penjaga gol berkualiti. Saya juga fikir mereka perlu seorang pemain pertahanan yang hebat.

"Naby Keita akan datang, dia akan memperkuat bahagian tengah. Mungkin ada pemain sokongan untuk tiga terbaik jika mereka cedera," kata Gerrard.

Malah legenda Chelsea Frank Lampard turut bersetuju dengan saranan Gerrad terhadap The Reds musim depan.

"Setuju, saya amat setuju dengan Gerrard.

"Dengan cara mereka bermain, jentera serangan yang ada sekarang dan Van Dijk amat menakjubkan pada separuh kedua musim ini.

"Jadi saya fikir, mereka semakin hampir untuk mencabar City musim depan," kata Lampard.

Steven Gerrard, Liverpool

Artikel Sebelum

Salah dapat tanah di Makkah

Artikel Berikut

Artikel Lain